SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK TAMAN BUNGA RAYA 1...SELAMAT DATANG PN NORIZAH BINTI ABDUL RAHMAN, PK HEM BARU TABURA.... AKTIVITI-AKTIVITI PASCA PT3...SELAMAT MAJU JAYA SEMUA CALON SPM 2018...SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA!!

Rabu, 5 Disember 2018

KEM BAKAT NEGERI SELANGOR 2018

TARIKH: 26 Nov 2018 hingga 5 Disember 2018 
TEMPAT: SMK Seksyen 11 dan Cameron Highlands

Tahniah kepada Muhammad Aiman Zulkifli yang terpilih mengikuti kem bakat Negeri Selangor dimana kem ini adalah persiapan awal team Selangor untuk Kejohanan Olahraga MSSM di Johor 2019. Latihan Pusat Kem Bakat bertempat di SMK Seksyen 11 (3 hari) dan di Cameron Highland (8 hari).   Didoakan semoga beliau terpilih mewakili Negeri Selangor dalam sukan olahraga MSSM tahun 2019 di Johor nanti.

Muhammad Aiman wakil TABURA semasa sesi latihan


Para peserta kem Bakat Negeri Selangor bergambar kenang-kenangan





SMART ENERGY EFFICIENCY CHALLENGE 2018

TARIKH: 5 DISEMBER 2018
TEMPAT: PUTARAJAYA


Tahniah kepada team TABURA yang diterajui oleh barisan guru iaitu cg Kholidah, cg Asyikin, cg Norhamidah & pelajar2 dalam pertandingan  Smart Energy Efficiency Challenge pada kali ini. Walaupun hanya mendapat tempat saguhati tetapi cukup bermakna kepada team dan memberikan pengalaman yang bermakna dalam pertandingan yang diadakan. Semoga akan lebih cemerlang pada tahun hadapan...

hadiah  dalam bentuk sijil penyertaan dan  cek



Pn Ruzlina(GKMP) dan cg Kholidah wakil guru pada majlis penyampain hadiah 


Sabtu, 24 November 2018

PERPINDAHAN GURU 2018

TARIKH: 23 NOVEMBER 2018
TEMPAT : DEWAN AL FARABI

Untuk makluman semua, 3 orang guru TABURA  akan berpindah sekolah. Cikgu yang dimaksudkan ialah Cg Norhayati Latif (Perak), Cg Nor Dalila (Perak) dan Cg Wan Hazlinda (SMK Serendah, HUSEL)...Ketiga-tiga orang guru ini merupakan guru sesi pagi..Warga TABURA mengucapkan semoga cikgu-cikgu sukses di tempat baru dan hingga bersua lagi.


MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI PELAJAR PPKI YANG AKN KE SMPKV

TARIKH : 22 NOVEMBER 2018
TEMPAT: BILIK PPKI

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 3 orang pelajar PPKI yang layak ke SMKPKV...Selamat maju jaya!

PERKHEMAHAN PERDANA 2018

TARIKH:16-18 NOVEMBER 2018
TEMPAT: KUALA SELANGOR CABIN CAMP


PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

TARIKH: 23.11.2018
TEMPAT: DEWAN SEMINAR